Our Policies
Shipping Policy

Terima kasih kerana telah membuat order dengan Qissara. 

📢Postage Isnin-Jumaat. Hari bekerja. Pos dari Putra Heights, Subang Jaya.

📢Payment Sebelum 11 pagi boleh diposkan pd hari yg sama secepatnya, namun acceptable tempoh pengeposan selepas payment sehingga 48 jam. 

📢Tracking akan update pd hari yg sama selepas post out. Tracking akan diupdate si dalam website apabila status order telah bertukar dari paid kepada 'packing' atau 'shipped'.

📢Jika tak dapat tracking selepas 48jam (hari bekerja) boleh wassap segera kepada staff 0182394830, in case terlepas pandang. 

 

JAMINAN BARANG SAMPAI

Qissara HQ memberi jaminan barang sampai. Berikut adalah step memastikan barang sampai.

1. Tracking number akan diberi dalam 48jam selepas order dibayar. (Customer HQ boleh check tracking number dalam website, log in dan klik bahagian my account, order berstatus packing atau shipped akan ada tracking number ( jika berstatus paid sahaja belum ada tracking number). Reseller sila check dan update tracking number kepada customer dalam 48jam hari bekerja.

2. Pastikan selepas terima tracking, item dapat ditrack dalam sistem dalam masa 3 hari bekerja (72 jam). Jika tracking not found ATAU pergerakan item stuck lebih dari 3 hari, SEGERA lakukan step dibawah:-

-- buat aduan di SKMM : link https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1 . PILIH LATE DELIVERY. Untuk reseller, aduan mesti dibuat oleh PENERIMA/ CUSTOMER dan RESELLER.

DAN

-- untuk poslaju, isi aduan rasmi POSLAJU . link: https://efeedback.pos.com.my/ 

-- untuk J+T, email claim kehilangan barang di support@jtexpress.my. Follow up dengan talian hotline J+T 1300-80-9000

3. Selepas sudah buat step diatas, akan dapat no aduan dari SKMM dan poslaju, wassap 018 9895504 inform masalah kelewatan beserta ORDER REF NO, COURIER SERVIS, TRACKING NO DAN NO ADUAN SKMM SERTA POSLAJU, jika J+T, forwardkan email complaint kepada bettermoms@gmail.com.

4. HQ akan buat complain berdasarkan order ID SKMM/ poslaju yang diberi

5. Selepas 14 hari, masih TIADA UPDATE...HQ akan file complaint untuk LOST PARCEL pula. 

6. Jika selepas 28 hari dari 1st complaint parcel masih tidak sampai, HQ AKAN BUAT FULL REFUND kepada pelanggan. JIKA ITEM sampai selepas itu, customer boleh ambil item dan bayar semula kepada HQ atau customer boleh return item kepada HQ - tanpa dibuka parcel.

7. Timeline diatas iaitu refund selepas 28 hari tidak terpakai jika ALAMAT SALAH/ CUSTOMER TIADA DIRUMAH SEMASA PENGHANTARAN/ TIDAK CLAIM PARCEL DI POS OFFICE dan sebagainya.

Return Policy

Kepuasan pelanggan adalah tanggungjawab kami. Kami terima penukaran semula barangan dalam masa 14 hari dari tarikh barang diterima untuk produk Qissara.

 

TERMS AND CONDITIONS - Pemulangan barang adalah untuk tukaran / refund (Barang Tanpa Kerosakan)

1.. Barang yang dipulangkan mestilah dalam keadaan asal (tidak digunakan lagi, belum dibasuh, tidak dicabut tagnya)

2. Kos pengeposan 2 hala ditanggung pelanggan KECUALI barangan yang dihantar silap kerana kecuaian kami atau barang rosak teruk dan tidak boleh digunakan.

3. Penukaran barang yang dibeli dengan promo FREE POSTAGE --> pengeposan semula akan dikenakan caj postage. Jika refund, caj postage akan ditolak. Contoh RM100 Free pos, jika refund RM90 shj (tolak kos postage RM10)

 

 

PRODUK EKONOMI

Terdapat banyak produk terkini Qissara terdiri dari produk harga ekonomi. Perlu difahami, produk ekonomi tiada QC yang strict. Perkara dibawah mungkin berlaku:

1. Perbezaan ukuran dari carta (plus minus) kerana ukuran diberi anggaran kasar

2. Perbezaan dari segi panjang pendek antara lengan (minima) dan labuh baju walaupun size sama antara satu sama lain (minima)

3. Dari segi kekemasan jahitan, mungkin ada jahitan yang sedikit lari, sedikit kusut, benang yang sedikit tertanggal, atau jahitan yang sedikit lari dari tempat sepatutnya (menyebabkan baju mungkin perlu repair dengan jahitan tangan sedikit)

4. Minimal stain yang tidak nampak ketara, minimal lubang yang size kurang dari 1mm pada tempat yang tidak nampak ketara.

5. Dan minor defect yang lain2

Maka dengan itu, produk ekonomi seperti ini tidak sesuai untuk ibu2 yang inginkan kekemasan yang lebih teliti seperti produk berjenama. (pakaian berjenama harganya biasanya 2-3x ganda lebih, atau mungkin lebih lagi)

Refund tidak akan dilakukan untuk minor defect seperti diatas

Penukaran boleh dilakukan tetapi bukan dengan produk dari kategori ekonomi, kos pos 2 hala ditanggung oleh pelanggan.

 

 

PROSES PENUKARAN BARANGAN ROSAK/ DEFECT

1. Aduan dibuat kepada wassap 018-989 5504. Wassap order reference no, butiran kerosakan, gambar dan video. Setelah pemulangan dipersetujui, pihak HQ akan emailkan SLIP Pengeposan kepada pelanggan.

2. Penukaran barangan - Pihak Qissara HQ akan emailkan slip pengeposan. 

3. Print dan gunakan slip tersebut untuk pengeposan semula item kepada Qissara HQ

4. Pengeposan semula mesti dalam masa seminggu dari tarikh SLIP PENGEPOSAN DIEMAILKAN. Item mesti belum dibasuh, belum digunakan, dalam keadaan asal semasa pengeposan.

5. Selepas item diterima, Qissara HQ akan check dan hubungi untuk pengeposan item penukaran.

(Qissara HQ tidak akan menanggung kos pengeposan yang TIDAK menggunakan slip pengeposan dari Qissara HQ)

Jika pihak pelanggan tidak mahu melakukan pengeposan semula, Qissara HQ boleh refund 30% dari harga barangan sebagai gantirugi. (untuk item major defect yang layak diterima sebagai penukaran, minor defect yang disebutkan diatas tiada gantirugi/penukaran)

*qissara.com return policies are subject to change without prior notice. 

 

Privacy Policies

Kami mendapatkan maklumat peribadi anda seperti nama, alamat, e-mail dan no telefon bertujuan memudahkan pihak kami menghubungi anda semasa penghantaran . Kami tidak akan sama sekali berkongsi maklumat peribadi anda dengan mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran rasmi.

Manage Your Shop | Copyright © 2015 - 2024 to Bettermoms Enterprise (SA0212173-P). Powered by  eCommerce Malaysia.