NOVEL : GOSIP SRI BANGSAR - NASYID VS KOIR

Sorry, we are out of stock
RM5.00
DETAILS

Wilma kini berkuasa kembali sebagai ketua buletin. Perkara pertama yang dilakukan, diarahkan semua ahli-ahli menemuramah The Wannababes dan menetapkan tajuk buletin seterusnya sebagai 'Edisi Gosip Terhangat Sri Bangsar'.

Walaupun ramai tidak setuju, tetapi masing-masing perlu akur dengan ketetapan ketua senior kuku besi itu. Betty pula didatangi kumpulan koir sekolah yang meminta pertolongannya untuk menulis berita tentang pencarian penyanyi utama kumpulan koir sekolah. Ini kerana penyanyi utama kini mengalami sakit tekak yang teruk dan tonsil yang membengkak. Kemungkinan besar tidak boleh menyertai pertandingan koir peringkat kebangsaan!

Betty sememangnya prihatin, membawa aiskrim ke rumah penyanyi utama ini tetapi terserempak dengannya yang sedang memarahi kucing yang berak di laman rumah dengan suara nyaring.

Kenapakah penyanyi utama itu mengatakan suaranya hilang, padahal sebenarnya okey sahaja menjerit pada si kucing yang terberak cirit? Mengapa beri alasan sedemikian, sedangkan Pertandingan Koir Kebangsaan yang sangat penting... bakal berlangsung dalam masa 2 minggu lagi?

Memandangkan Betty sudah tidak memegang jawatan ketua editor, beliau terpaksa bergerak sendirian menyiasat perkara ini.

 

PHOTOS
back to top ⤴