Siri LAWAK SEKOLAH ( Novel + Komik )

TAJUK: Belajar Berkenalan
Belajar BerkenalanBelajar BerpesatuanBelajar BersukanBelajar PementasanBelajar Survival
Sorry, we are out of stock
RM5.00
DETAILS

LAWAK SEKOLAH: BELAJAR BERKENALAN

====================================

Mengisahkan sebuah robot tukang yang bernama Robita menjadi pelajar baru di Sekolah Sri Bangsar.

Di sekolah, Robita terpaksa belajar bagaimana untuk bergaul dengan pelajar-pelajar lain. Masalah timbul apabila Robita sebelum ini tidak pernah bersosial dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu Robita terasa sangat kekok berada dikalangan kelompok manusia.

Bard Badzli yang diamanahkan untuk menjaga Robita menjalankan tugas dengan memberi tip-tip bagi membantu rakan robotnya itu menyesuaikan diri di sekolah dan berkawan dengan kawan-kawan baru.

Berbagai ragam dan telatah sepanjang Robita cuba belajar menyesuaikan diri sebagai pelajar baru.

Sebagai sebuah robot tukang yang tidak pernah bersosial, Robita merasakan arahan untuk menyamar sebagai manusia dan bersekolah di Sekolah Sri Bangsar adalah sesuatu yang amat menakutkan! Hanya Bard Badzli sahaja yang mengetahui rahsia Robita dan sudi untuk membantunya dengan memberikan tip-tip mudah untuk berkenalan dan bermesra dengan pelajar lain. Namun, pada hari pertama sekolah lagi, banyak hal sudah berlaku akibat sifat kekok Robita itu. Rahsia Robita seakan dapat dihidu oleh pembantu ketua kelas yang garang, Nera Elena. Nera Elena sering mengugut Robita dan Bard Badzli untuk membongkarkan rahsia mereka. Robita dan Bard Badzli sering kali cuba melarikan diri sekiranya terserempak dengan Nera Elena, tetapi Robita kemudiannya dilantik menjadi Ketua Kelas yang baru dan diminta untuk duduk bersebelahan dengan Nera Elena. Walaupun Nera Elena kelihatan garang dan mencurigai Robita, namun dia juga turut membantu Robita dengan memberikan tip menjadi ketua kelas.

 

LAWAK SEKOLAH: BELAJAR BERPERSATUAN

=====================================

Buku yang mengisahkan Robita dan Bard Badzli menghadapi masalah untuk memilih persatuan dan kelab di sekolah.

Sebelum mendaftar sesebuah kelab, Bard Badzli mencadangkan Robita mencari dulu kelebihan dan minatnya. Adakah persatuan yang aktiviti lasak sesuai untuk Robita? Memandangkan dia adalah sebuah robot, ujian ketahanan untuk aktiviti lasak menunjukkan Robita tidak sesuai kerana baterinya akan cepat habis.

Pada bahagian komik pula, Robita dan Bard Badzli membantu guru matematik mereka menubuhkan satu kelab baru yang dinamakan Kelab Kepala Labu sempena rambut Robita yang berbentuk labu. Mereka terpaksa memikirkan apa agenda kelab mereka dan mencari sekurang-kurangnya 30 orang ahli yang berminat menyertai kelab tersebut.

Bagaimanakan Robita yang penakut ini dapat memilih kelab yang sesuai untuk dirinya? Apakah tip-tip berguna yang akan diberikan oleh Bard Badzli? Semuanya dapat dibaca dalam Nomik ini.

 

 

LAWAK SEKOLAH: BELAJAR BERSUKAN

=================================

Bulan sukan di Sekolah Sri Bangsar telah pun tiba. Robita yang tidak pernah memasuki sebarang acara sukan sebelum ini begitu teruja sekali untuk menyertai acara merentas bandar.

Melihat hadiah yang ditawarkan berupa wang tunai, membuatkan mereka bertekad untuk memenangi acara tersebut. Namun kehadiran Izzue Salam yang memegang gelaran juara merentas bandar dua tahun berturut-turut membuatkan mereka merangka perancangan baru.

Setelah tamat acara merentas bandar, tiba pula giliran acara sukantara. Robita semakin bersemangat untuk belajar bersukan.

Bard yang sudah mengetahui serba sedikit tentang acara sukan, mula mengajar Robita. Berbagai-bagai peristiwa lucu sepanjang proses pembelajaran robot berkepala labu itu.

Mereka berdua akhirnya berjaya memenangi pertandingan di dalam acara sukan yang dipertandingkan.

 

 

LAWAK SEKOLAH: BELAJAR PEMENTASAN

====================================

Mengisahkan Robita dan Bard yang membantu rakan-rakan sekelasnya untuk bertanding dalam seni pementasan.

Di sekolah, Robita terpaksa belajar bagaimana untuk melakukan persembahan di khlayak ramai. Masalah timbul apabila Robita sememangnya robot yang sangat penakut.

Kemunculan pasangan Elfiza dan Elfizi Joi yang berbakat memberikan tekanan kepada Robita dan rakan-rakan.

Berbagai ragam dan telatah sepanjang Bard dan Robita belajar untuk pementasan. 

 

 

 

LAWAK SEKOLAH: BELAJAR SURVIVAL

================================

Kali ini Bard dan Robita ingin menguji kemahiran mereka tentang teknik ikhtiar hidup di dalam hutan.

Persatuan Penangkap yang akan menganjurkan aktiviti berkhemah di dalam hutan memberi peluang kepada Bard dan Robita untuk meneruskan impian mereka.

Sewaktu perkhemahan bayak perkara yang telah mereka lakukan dan pelajari seperti memasang khemah, menghidupkan api dan pengalam berjaga malam. Kesemuanya berakhir dengan peristiwa-peristiwa lucu dan mencuit hati.

Kemahiran mereka akhirnya teruji apabila tersesat di dalam hutan. Mujurlah mereka berjaya diselamatkan oleh orang asli yang tinggal di situ.

PHOTOS
back to top ⤴