Komik SUPER SAFEE (Kelahiran Bintang + Langkah Baru + Terus Berlari)

In Stock
RM24.00
Quantity
Add to Cart Buy Now arrow_forward
DETAILS

SATU SET 3 BUKU: RM24 sahaja

 

KELAHIRAN BINTANG

 

Buat pertama kalinya, kehidupan pemain bola sepak Malaysia diabadikan dalam bentuk komik! Saksikan pelbagai kisah lucu, drama, seram(?) dan bermacam-macam lagi yang disedut daripada sudut kehidupan sebenar Safee Sali sejak kecil hingga berjaya menjadi bintang bola sepak negara.

 

LANGKAH BARU

 

Hari pertama di sekolah tadika!

Safee sungguh bersemangat dan tidak sabar-sabar mahu ke sekolah. Sebelum ayam berkokok Safee sudah bangun dan bersiap-siap dengan pakaian seragam barunya. Tetapi, siapa yang mahu menghantar Safee ke sekolah? Abah belum bangun!

Cik Li pula ada perlawanan bola sepak penting bagi menentukan nasibnya sama ada dapat terpilih dalam pasukan sekolah ataupun tidak. Pasukan sekolahnya menghadapi cabaran daripada pasukan sekolah bandar. Dengan ketiadaan kesefahaman dalam pasukan, dapatkah pasukan sekolah Cik Li menang? Safee dapat mempelajari sesuatu yang penting daripada perlawanan ini. Mahu tahu apa yang Safee pelajari? Bacalah komik ini!

 

TERUS BERLARI

Safee diterima menyertai pasukan bola sepak abangnya, Cik Li dan kawan-kawan! Kini dia menjadi pemain yang ‘sebenar’ dan tidak perlu kutip bola lagi. Tetapi, kerana masih tadika, Safee cuma dapat bermain dengan pasukannya pada waktu petang. Tanpa apa-apa aktiviti, yang dapat dilakukan, menunggu tiba waktu petang memang membosankan!

Safee dan adiknya, Norli bercadang berlatih sendiri di rumah. Namun, mereka menghadapi ancaman terbesar yang dihadapi semua kanak-kanak di negara ini, iaitu emak suruh pergi kedai!

PHOTOS
back to top ⤴