SIRI KOMIK GAZA 1-6

Judul: Siri 1
Siri 1Siri 2Siri 3Siri 4Siri 5Siri 6
Sorry, we are out of stock
RM5.00
VIDEO
DETAILS

 

🔴*Sinopsis Komik Gaza 1*

Gaza dan 15 adik-beradiknya hidup bahagia di Palestin - Dalam kegembiraan mereka, ada helah jahat sedang dirancang oleh Israel dan Theodor Herz untuk menakluk Palestin.

Dan siapa sangka, bukan Israel dan Herzl sahaja yang punya rancangan jahat. Turut ada musuh dalam selimut yang berusaha menjatuhkan khilafah Islam ketika itu.

Tapi...siapa?

Dan kenapa?





🔴*Sinopsis Komik Gaza 2*

Hidup Arab! Jatuh Turki!
*
Keamanan Palestin mesti dipertahankan! Begitu azam Gaza.

Namun, bukan semua berkongsi makna keamanan yang sama. Ada pihak yang merasakan perpecahan itu perlu demi membina Palestin yang baru.

Dan apabila Palestin goyah, pihak musuh bijak menyusun langkah. Apakah akan terjadi kepada Gaza dan adik-beradiknya yang lain?

Bagaimanakah nasib empayar Islam selepas kejatuhan Sultan Abdul Hamid II?





🔴Sinopsis Komik Gaza 3

"Anak orang Yahudi yang baru pindah masuk? Maksudnya ada orang Yahudi yang bina penempatan baru dekat kawasan inikah?

Tapi bukankah kerajaan sudah tetapkan kawasan ini sebagai kawasan penempatan rakyat Palestin?"

*
Dalam diam, ada komplot jahat yang sedang dirancang musuh bagi menggulingkan khalifah berwibawa tersebut.

Apakah yang akan terjadi kepada Palestin sekiranya iakehilangan penjaga yag selama ini menghalang kemaraan pihak musuh?





🔴Sinopsis Komik Gaza 4

"Aku hanya mahukan sebuah negara rasmi untuk bangsa aku - Yahudi, dan negara itu ialah Palestin."

Semenjek Sultan Abdul Hamid II digulingkan, tanah Palestin telah hilang pelindungnya. Pihak British mula memainkan strategi licik bagi memenangi perang dunia pertama ketika itu - dengan menjanijikan tanah Palestin sebagai ganjaran.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, bukan sahaja Zionis yang mahu tanah Palestin, tetapi juga bangsa Arab yang selama ini menentang Empayar Uthmaniyah.

Adakah muslihat British itu berjaya?


.
.

🔴Komik Gaza Ke-5
Beersheeba, Hebron, lari!!" teriak Gaza, apabila tanah Palestin mula dimasuki tentera British.

Siapa yang melawan, akan ditangkap! Rakyat jadi gempar apabila tanahPalestin dikuasai British. Yang tinggal buat orang Arab hanyalah janji kosong. Malah, rakyat ditekan dengan peraturan yang zalim, dan tanah-tanah Palestin pula dijual kepada Yahudi Israel.

***

Akibat rampasan kuasa tersebut, Gaza tercedera, Jerusalem ditangkap, dan kedai keluarga mereka diugut oleh  tentera British.

Strategi licik British kini menjadi sebuah mimpi ngeri kepada rakyat Palestin.
 
Mampukah Gaza dan adik-beradiknya mempertahankan Palestin dan hak mereka?




🔴LATEST!! KOMIK GAZA MINI 6: LAHIRNYA HARAPAN BUAT PALESTIN


"Sebelum ini aku percayakan kau. Kemudian apa kau buat? Kau khianat!" Jerusalem mengungkit.

"Kalau aku boleh undurkan masa, aku akan betulkan semula kesilapan aku yang lalu," Ulza meluahkan kekesalan.

* * *

Apabila bangsa Arab tersedar British dan Yahudi Zionis hanya memperalatkan Gerakan Nasionalis Arab untuk merampas Palestin, mereka bangkit menentang.

Palestin ada harapan jika umat Islam bersatu menentang kejahatan Yahudi Zionis dan sekutunya.

Mampukah umat Islam yang sebelum ini berpecah-belah mengetepikan perbezaan mereka dan berganding bahu menentang penjajahan British?

Adakah Gaza dan Jerusalem akan memaafkan Ulza setelah apa yang dilakukannya dahulu?





DAPATKAN KESEMUA SIRI KOMIK GAZA UNTUK BACAAN SEKELUARGA SEBELUM KEHABISAN STOK 😱

PHOTOS
back to top ⤴