QISSARA HQ STOK : BIJAK BICARA PERANG MULUT, BIJAK BICARA PERKENALAN PERTAMA

Judul: Bijak Bicara Perang Mulut
Bijak Bicara Perang MulutBijak Bicara Perkenalan Pertama
Sorry, we are out of stock
RM5.00
DETAILS

BIJAK BICARA PERANG MULUT

 

Sharifah Aliyah @ Miss Bisu:

 

Mempunyai fobia bercakap tahap tertinggi. Apabila berkomunikasi dengan rakan sebaya, hanya geleng dan angguk respons yang diberi. Disuruh guru tampil memberitahu jawapan, dia lebih sanggup menulis panjang-panjang di papan hitam. Kroniknya fobia itu berlaku kerana adanya satu rahsia yang kekal tersimpan.

 

Norkiah @ Si Mulut Laser:

 

Pendebat sekolah yang petah berbicara. Kekuatannya adalah membidas kata, memberitahu apa yang terlintas dalam hatinya. Tidak kiralah caci maki ataupun hina cerca. Merasa diri hebat kerana bijak berhujah, memandang rendah orang lain... itu tabiatnya!

 

Dua gadis berbeza personaliti, tiba-tiba dipaksa bekerjasama di dalam Kelab Debat. Ia mencetuskan peperangan besar apabila tidak serasi bersama! Sehingga hina-menghina dan ada unsur-unsur buli yang keterlaluan pula. Mampukah Miss Bisu menyerlahkan diri? Ataupun adakah Si Mulut Laser akan sentiasa mendominasi?

 

Segalanya akan terjawab dalam penceritaan ini. Disertakan dengan bantuan tip AMPACOACH BADRUL SANI, speaker Bijak Bicara yang telah membantu ribuan remaja supaya tampil lebih berani.

 

Perang Mulut - baca novel hingga habis... pasti dapat banyak ilmu, seronok membaca kisah fiksyen dan aplikasikan tip-tip  diberi!

 

 

 

 

BIJAK BICARA PERKENALAN PERTAMA 

 

Fatteh Amin: Hye bro! Chillax everyone. I’m Fatteh. Usia gila-gila remaja, jangan tanya tentang cita-cita. Hidup biar ceria, tidak perlulah serius sangat. Jika suka, sila dekat. Jika benci... sila pergi meninggal!

 

Nur Madihah: Saya tiada masalah lulus periksa. Alhamdulillah setakat ini mencapai semua gred A. Namun jati diri perlu dibentuk lebih awal. Itu sebabnya saya di sini, sebagai persediaan masa hadapan.

PHOTOS
back to top ⤴