Ada lima kisah di dalam buku ini. Lebih kurang macam antologi cerpen jugalah yang memuatkan kisah-kisah seram. Kesemuanya mengandungi kisah yang berbeza tetapi mempunyai satu persamaan - kesemuanya berkait dengan beberapa permainan mistik yang membolehkan pemainnya bertemu roh tertentu. Kisah Spirit Of Coin sepertimana tajuk buku hanyalah salah satu daripada 5 kisah tersebut. Justeru walaupun kisahnya berbeza, jalan ceritanya boleh dijangka dan boleh di agak kesudahannya. Apatahlagi kesemua idea ceritanya datang daripada penulis yang sama.
Kesemua 5 kisah ini sebenarnya hanya mahu menyampaikan satu perkara iaitu permainan berkaitan roh ini adalah suatu yang syirik serta boleh menjejaskan akidah. Terdapat sedikit penjelasan yang diberikan daripada sudut agama.