Hey Guest.  Log in now(61)
Our Policies
Shipping Policy

Terima kasih kerana telah membuat order dengan Qissara. 

📢Postage Isnin-Jumaat. Hari bekerja. POS DR SELANGOR via EASYPARCEL/GDEX etc

 

📢Payment Sebelum 11 pagi boleh diposkan pd hari yg sama secepatnya, namun acceptable tempoh pengeposan selepas payment sehingga 48 jam. 

 

📢Tracking akan update pd hari yg sama selepas post out. Tracking akan diupdate si dalam website apabila status order telah bertukar dari paid kepada 'packed'. 

 

📢Jika tak dapat tracking selepas 48jam (hari bekerja) boleh wassap segera kepada staff 0166294830, in case terlepas pandang. 

 

Khas untuk AGEN QISSARA:

**SUGGEST BAGI TRACKING NO KEPADA CUSTOMER, PADA SEBELAH MLM SBB POSLAJU PROSES PARCEL TU SEBELAH MLM. 

 

BIASANYA ANTARA PUKUL 7-9 BR DPT TRACK. SBB QISSARA GUNA KHIDMAT PICKUP COURIER JADI PARCEL AKAN DI SCAN SELEPAS OPERASI KAUNTER TUTUP. 

 

KALAU BG WAKTU SIANG NNTI CUST AKAN ARGUE "KENAPA SY CHECK TRACKING NOT FOUND?" *

 

TIPS: utk senangkan hati customer, nak jugak bg tracking awal2, bg pd cust ayat mcm ni👇

 

EN123456789MY

Sila check slps pukul 9 mlm ni yea sis sbb poslaju biasa proses sebelah mlm. TQ 

*rarely some unforeseen circumstances may delay shipment

Return Policy

Kepuasan pelanggan adalah tanggungjawab kami. Kami terima penukaran semula barangan dalam masa 14 hari dari tarikh barang diterima untuk produk jenama Qissara.

Untuk urusan penukaran barang, sila hubungi staff kami > http://www.wasap.my/60182394830 ataupun email kami di bettermoms@gmail.com. 

 

TERMS AND CONDITIONS

1. Pemulangan barang adalah untuk tukaran / refund.

2. Barang yang dipulangkan mestilah dalam keadaan asal (tidak digunakan lagi, belum dibasuh, tidak dicabut tagnya)

3. Kos pengeposan 2 hala ditanggung pelanggan KECUALI barangan yang dihantar silap kerana kecuaian kami atau barang rosak teruk dan tidak boleh digunakan.

4. Penukaran barang yang dibeli dengan promo FREE POSTAGE --> pengeposan semula akan dikenakan caj postage. Jika refund, caj postage akan ditolak. Contoh RM100 Free pos, jika refund RM90 shj (tolak kos postage RM10)

 

PENUKARAN BARANGAN KERANA DEFECT :

​1. Kami menukarkan dengan barangan yang sama ( size, warna etc). Jika pihak pelanggan ingin menukar size/ barang lain, kos pos perlu ditanggung pelanggan.

2. Jika pelanggan bersetuju untuk membaik pulih kerosakan sendiri, pihak Qissara bersedia membayar kos baik pulih ( Kerosakan mesti diberitahu dalam masa 14 hari dari barang diterima, dan Qissara diberitahu berapa kos untuk baikpulih sendiri dan telah dipersetujui).

3. Kerosakan KECIL tidak diterima untuk penukaran/refund, bayaran ganti rugi akan diberikan. Contoh kerosakan seperti poket berlubang, butang tercabut, fabrik printing problem di bahagian tersembunyi. Jika pelanggan masih inginkan penukaran, kos 2 hala ditanggung pelanggan. 

*qissara.com return policies are subject to change without prior notice. 

 

Privacy Policy

Kami mendapatkan maklumat peribadi anda seperti nama, alamat, e-mail dan no telefon bertujuan memudahkan pihak kami menghubungi anda semasa penghantaran . Kami tidak akan sama sekali berkongsi maklumat peribadi anda dengan mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran rasmi.